Tuesday, March 27, 2018

Perpindahan Laman Web Rasmi SMK sungai manggis


Pihak pengurusan ICT SMK Sungai Manggis telah mewujudkan laman web rasmi SMK Sungai Manggis yang baharu. Laman web baru diwujudkan atas dasar penggunaan Frog VLE di sekolah.
Sila klik pautan di bawah:-
http://beb1073.1bestarinet.net/websmksungaimanggis

Tuesday, January 2, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

                                           En. Ibrahim bin Yaacob, Pengetua SMK Sungai Manggis.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Transformasi dan Salam Negaraku Malaysia.
Tirai 2018 dengan rasminya dibuka hari ini ( Selasa - 2 Januari 2018). Selamat kembali ke sekolah dan selamat datang warga baharu pelajar dan guru SMK Sungai Manggis.

Di sini saya menghulurkan salam perkenalan sempena pelantikan saya sebagai Pengetua baharu  SMK Sungai Manggis bermula hari ini.  Sesungguhnya tiada yang lama, maka tiadalah yang baharu. Saya hanya menyambung tugas dan legasi yang telah disandarkan oleh pengetua-pengetua sebelum ini.

Saya menyeru seluruh warga pelajar dan pendidik SMK Sungai Manggis untuk bersama-sama saya berusaha untuk memajukan dan menjadikan sekolah kita ini Cemerlang. Marilah kita bekerja seliang bagai tebu, serumpun bagai serai mulai hari ini ke arah mencipta nama besar SMK Sungai Manggis di persada pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.