FALSAFAH


*  Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis merupakan satu usaha yang bersepadu dan menyeluruh bertujuan membentuk manusia yang baik menerusi kemantapan disiplin diri, bertanggungjawab, kejujuran dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha tersebut diharapkan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai tahap keputusan ujian, penilaian dan peperiksaan akademik ( melebihi 60 peratus) terutama mata pelajaran bahasa, sains dan matematik.
  Dalam bidang kokurikulum,para pelajar diharapkankan dapat melibatkan diri secara aktif dan berkesan diperingkat Zon, Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.
  Nilai-nilai budaya sekolah dan keceriaan pula hendaklah diwujudkan atas kesedaran,penghayatan yang tinggi dan semangat kekitaan  warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis.